Kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia ini menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju menjelang Transformasi National 2050. Persoalan yang berputar dalam kotak minda kita ialah apakah kepentingan yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat? Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik an...
Welcome all to my collection of essays which include BC, BI, BM and many more languages. Students from around the world can look at different types of essay and learn new knowledge and writing techniques. These essays are taken from different sources and modify to suit modern needs. Therefore, read at much as you can and enjoy!!! ^~^